cenderahati unik murah

Kugeeku Di Suratkhabar Kosmo

Posted in Uncategorized by kugeeku

Ringkas sahaja hari ini… 2 berita kami dapat.

  1. Berita Gembira – Cerita kami ada dipaparkan di dalam suratkhabar Kosmo hari ini. Dalam ruangan Cover Urban. Baca ye untuk tahu lebih pasal kami.http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Urban&pg=ur_01.htm
  2. Berita Sedih – Hardisk kerja kami corrupted… Hwuaaaa… tengah cuba menyelamatkan data..doakan ye…

Teknologi cetakan dakel

Tetris Glass merupakan satu produk unik yang membolehkan pasangan memaparkan cerita di sebalik perkahwinan mereka menerusi karikatur.


JIKA dahulu, seandainya anda menghadiri sesuatu majlis perkahwinan, buah tangan yang pasti diterima ialah bunga telur untuk orang dewasa dan sekotak kecil gula-gula untuk kanak-kanak.

Dua perkara itu ialah satu perkara wajib yang perlu ada dalam majlis tersebut. Tetapi, seiring dengan peredaran zaman yang semakin canggih, bakal pengantin kini mempunyai pelbagai variasi cenderamata yang boleh disediakan untuk dibawa pulang oleh tetamu.

Terbaru, produk Tetris Glass (TG) dikeluarkan oleh syarikat Studio Hijau untuk memberi pilihan kepada bakal raja sehari dalam memilih buah tangan untuk tetamu.

Dengan bentuknya yang comel dan mempunyai empat sisi, TG ialah satu produk yang unik dan istimewa di mana pasangan boleh memaparkan cerita di sebalik perkahwinan mereka. Contohnya saat ketika bertemu, berpacaran, bertunang dan berkahwin ataupun berbulan madu.

Dengan bertemakan Story in One Love, produk Tetris Glass keluaran Studio Hijau semakin mendapat tempat di hati pelanggan dan masyarakat.

Menurut Pengarah Studio Hijau, Mohd. Nadzri Surani, idea untuk menghasilkan produk itu datang daripada pelanggannya yang mahukan kelainan bagi majlis perkahwinan mereka pada akhir tahun 2008. Bagi merealisasikan kehendak dan impian mereka, maka lahirlah produk Tetris Glass yang mula dipasarkan pada awal tahun ini.

SELAIN gelas, teknologi cetakan dakel ini juga boleh diaplikasikan di atas dompet kulit dan pinggan.

“Idea ini muncul apabila saya melihat kekurangan produk perkahwinan yang lebih bersifat individu atau personal yang mana penerima cenderamata itu akan lebih menghargai hadiah yang diberikan berbanding cenderamata biasa seperti bunga telur dan sebagainya.

“Jika pada tahun 2008, kami memasarkan produk Mini Kugee Gift di mana gambar pengantin dicetak pada produk porselin mengikut tema warna majlis, kini pelanggan boleh mendapatkan Tetris Glass yang menukarkan wajah dalam bentuk karikatur hitam dan putih.

“Saya bertuah kerana mempunyai rakan kongsi yang merupakan pelukis profesional atau lebih dikenali sebagai A.D. Beliau ialah pelukis sepenuh masa di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Justeru, setiap sentuhannya pasti akan memberi keunikan untuk produk ini,” jelas Nazdri ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya lagi, produk Tetris Glass menggunakan karikatur hitam putih sahaja kerana permukaan gelas yang lutsinar membolehkan gambar kartun itu menjadi lebih jelas.

Menggunakan teknologi cetakan dakel atau dikenali sebagai cetakan pindahan air, Tetris Glass mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya kerana kecomelan produk itu.

KARIKATUR hitam putih pasangan pengantin sebagai tanda terima kasih kepada tetamu.

Saiz gelas mini yang digunakan ialah 2.3 inci x 2.0 inci. Gambar karikatur yang hendak digunakan pula boleh disesuaikan mengikut kehendak setiap pasangan.

Lebih menarik, gambar karikatur pasangan yang telah dilekatkan sukar untuk ditanggal kerana setelah siap, ia akan dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang bersuhu tinggi dan kelihatan sama rata dengan gelas tersebut. Cuma, kelemahannya ialah ia tidak boleh direndam di dalam air terlalu lama.

Di samping itu, cetakan dakel ini juga boleh dilakukan di atas pelbagai bentuk barangan seperti permukaan kaca, kayu, plastik, besi, kulit dan sebagainya.

Sehingga kini, produk Tetris Glass telah terjual lebih daripada 1,000 unit selain Mini Kugee Gift yang mencatat jualan sebanyak 6,500 unit.

Tempahan minimum hanya 24 unit dan cenderamata istimewa itu boleh dihantar ke seluruh Malaysia melalui perkhidmatan Pos Laju atau syarikat kurier pantas yang lain. Malah, pihak pengeluar turut memberi jaminan. Sekiranya barangan pecah sewaktu penghantaran, ia akan ditukar dengan yang baru.

ANTARA teknik yang ditunjukkan Nadzri untuk menyiapkan cenderamata produk Tetris Glass yang semakin diminati.


Biasanya, setiap pasangan akan membuat tempahan dua bulan sebelum majlis perkahwinan mereka untuk memudahkan proses pembuatan produk tersebut.

Nadzri hanya menyiapkan tempahan produk itu dengan dibantu isteri, ibu bapa dan keluarganya.

Nadzri yang bertugas sebagai pereka di sebuah firma arkitek di ibu kota menjadikan aktiviti tersebut sebagai pendapatan sampingannya dan hanya menggunakan medium pemasaran Internet serta laman web dan sebuah mini galeri untuk kerja-kerja seninya. Ujar bapa kepada seorang cahaya mata itu, semuanya dilakukan kerana minat dan hobinya pada seni kreatif.

“Sebenarnya saya sendiri tak sangka produk ini mampu menarik hati pelanggan. Tetapi, saya bersyukur kerana apa yang dilakukan mendapat sambutan dan berharap dapat membesarkan perniagaan ini.

“Jika berjaya, tidak mustahil satu hari nanti saya akan berhenti kerja dan meneruskan perniagaan ini,” kata Nadzri yang turut mengadakan bengkel kepada sesiapa yang berminat dalam perniagaan itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk tersebut, sila layari laman web www.kugeeku.com.

11 Responses to Kugeeku Di Suratkhabar Kosmo

  1. alia says:

    hai mr.kugee…..

    saya doakan anda makin berjaya,,mesti ramai peminat dan bakal2 pengantin yg teruja dgn TG nie,,,:))
    chaiyo!!!

  2. fina says:

    salam mr.kugee..
    fina mmg suka dgn art..then selalu malas nak beli paper..tetiba aritu terbeli kosmo plak..mmg xrugila coz dpt info psl website neh..huhu..saya nak kawen lambat lg tp saya dah pasang angan2 nak beli TG neh tuk doorgift tetamu2 saya..hihihihi..but maybe next time ada yg lebih best kan..saya tunggu jela..huhu..lagi satu, saya siap promote website u dlm blog saya hope diorg suka jgk..hehe..mOga terus sukses ya!!!!~

  3. Pingback: Bagaimana melindungi WiFi anda? -- Wanita & Komputer

  4. Yoshie says:

    w’kum mr.kugee….sy pun sama dgn fina..tiba tiba…on that day terbeli kosmo…wow… suprise larrr…senyum sy dah sampai ke telinga…yahooo…happy sangat2 tgk ur nyer karikatur …insyallah this year sy nak kahwin..cuma date tak dpt lagi..dah berangan2 …bercita2 n berkira2 (“,) nak booking kat u….hopefully maintain ler that price till end of this year…kalau next year nak naik…tak kisah..janji sy lepas…hehehhe

  5. kugeeku says:

    Alia, Fina & Yoshie…Terima Kasih kt kalian ..teruskan menyokong kami.. Insyallah kalau ada rezki awk adalah…tetapi digalakkan booking dulu walau hujung tahun…Ini penting krn jika awk dh booking awl jaminan harga sekarang mesti dpt.. tetapi kalau ada perubahan harga saya tak jamin. hehe

  6. asiah says:

    Salam. en nazdri..
    br je berpeluang jenguk site..
    Terkejut gak tgk “muka” kitaorg masuk paper(kitaorg psgn abg long & ecah)..
    tp syg, xberpeluang beli paper kosmo 2..
    rsnye ms kuar paper nih tgk sibuk uruskan perkahwinan kot!!
    tetris glass yg kitaorg bli 2 mmg laris..
    sume org rebut2 nk glass 2..
    kitaorg de laa deco2 sket..
    letak bunga, dlm die plak ltk chocolate yg dibalut dgn kain net..
    nk tgk cth cmne, gi laa kt link nie..
    http://www.geocities.com/drebyna/tetris_glass.JPG
    Alhamdulillah, majlis dah selesai..
    Doakan kebahagiaan kami ye.. =)

  7. kugeeku says:

    Salam Asiah..huhu cantiknya bila dh deco…
    eh rasanya abg awk tau masa sy masuk paper tu dia kata tgh tunggu wife baby born lahir kt HKL.Dialah org 1st yg perasan dan terus call sy pg tu… hehe..

    Anyway.. Kami di Kugeeku sentiasa mendoakan Kebahagian
    Abg Long & Ecah sehingga ke akhir hayat..Terus menyokong kami ek.. tq :)

    p/s: ini lah rasa yg amat bermakna bagi kami bila pelanggan kami gembira.huhu tak terucap dgn kata2…Alhamdulillah..syukur pd Nya yg memberi kesempatan ini…

  8. salam..
    bro..
    memang taklerh beli satu² eh?
    ingatkan saje nak buat satu or dua TG nie..
    cam menarik je..
    nak buat banyak2 pon tak guna sbb saya da kawen :)
    so nak buat utk doorgift da taklerh..
    tu yg ingat nak buat satu dua :)
    buzz me in my blog :)

  9. axeera says:

    salam…ai kugee..nice la gift ni..
    klo sy nk wat tmphn tetri glass ni cmn yep?
    tq..;)

  10. Nurshakila Bt Ya'acob says:

    saya suka rekaan anda..mungkin anda boleh mempelbagaikan lagi produk anda.

  11. kugeeku says:

    Thanks Nurshakila..memang kami tgh fikir benda2 baru…tq :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

We Accept
KATALOG CENDERAMATA KORPORAT
Check Out This Fan Page
Produk Budget
  • Mini Kugee Gift
Produk Unik Terlaris
  • Tetris Glass Story In One Love
Sila Ambil Kupon Percuma ini dulu..:)
  • Boleh dapat Lebih Diskaun
Archives
Shopping Cart (0 Items)
Your cart is empty!


Subtotal: RM?.??
Total: RM?.??