Kugeeku Di Suratkhabar Kosmo
Ringkas sahaja hari ini… 2 berita kami dapat.
- Berita Gembira – Cerita kami ada dipaparkan di dalam suratkhabar Kosmo hari ini. Dalam ruangan Cover Urban. Baca ye untuk tahu lebih pasal kami.http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Urban&pg=ur_01.htm
- Berita Sedih – Hardisk kerja kami corrupted… Hwuaaaa… tengah cuba menyelamatkan data..doakan ye…
Teknologi cetakan dakel
Tetris Glass merupakan satu produk unik yang membolehkan pasangan memaparkan cerita di sebalik perkahwinan mereka menerusi karikatur.

JIKA dahulu, seandainya anda menghadiri sesuatu majlis perkahwinan, buah tangan yang pasti diterima ialah bunga telur untuk orang dewasa dan sekotak kecil gula-gula untuk kanak-kanak.
Dua perkara itu ialah satu perkara wajib yang perlu ada dalam majlis tersebut. Tetapi, seiring dengan peredaran zaman yang semakin canggih, bakal pengantin kini mempunyai pelbagai variasi cenderamata yang boleh disediakan untuk dibawa pulang oleh tetamu.
Terbaru, produk Tetris Glass (TG) dikeluarkan oleh syarikat Studio Hijau untuk memberi pilihan kepada bakal raja sehari dalam memilih buah tangan untuk tetamu.
Dengan bentuknya yang comel dan mempunyai empat sisi, TG ialah satu produk yang unik dan istimewa di mana pasangan boleh memaparkan cerita di sebalik perkahwinan mereka. Contohnya saat ketika bertemu, berpacaran, bertunang dan berkahwin ataupun berbulan madu.
Dengan bertemakan Story in One Love, produk Tetris Glass keluaran Studio Hijau semakin mendapat tempat di hati pelanggan dan masyarakat.
Menurut Pengarah Studio Hijau, Mohd. Nadzri Surani, idea untuk menghasilkan produk itu datang daripada pelanggannya yang mahukan kelainan bagi majlis perkahwinan mereka pada akhir tahun 2008. Bagi merealisasikan kehendak dan impian mereka, maka lahirlah produk Tetris Glass yang mula dipasarkan pada awal tahun ini.

“Idea ini muncul apabila saya melihat kekurangan produk perkahwinan yang lebih bersifat individu atau personal yang mana penerima cenderamata itu akan lebih menghargai hadiah yang diberikan berbanding cenderamata biasa seperti bunga telur dan sebagainya.
“Jika pada tahun 2008, kami memasarkan produk Mini Kugee Gift di mana gambar pengantin dicetak pada produk porselin mengikut tema warna majlis, kini pelanggan boleh mendapatkan Tetris Glass yang menukarkan wajah dalam bentuk karikatur hitam dan putih.
“Saya bertuah kerana mempunyai rakan kongsi yang merupakan pelukis profesional atau lebih dikenali sebagai A.D. Beliau ialah pelukis sepenuh masa di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Justeru, setiap sentuhannya pasti akan memberi keunikan untuk produk ini,” jelas Nazdri ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Tambahnya lagi, produk Tetris Glass menggunakan karikatur hitam putih sahaja kerana permukaan gelas yang lutsinar membolehkan gambar kartun itu menjadi lebih jelas.
Menggunakan teknologi cetakan dakel atau dikenali sebagai cetakan pindahan air, Tetris Glass mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya kerana kecomelan produk itu.

Saiz gelas mini yang digunakan ialah 2.3 inci x 2.0 inci. Gambar karikatur yang hendak digunakan pula boleh disesuaikan mengikut kehendak setiap pasangan.
Lebih menarik, gambar karikatur pasangan yang telah dilekatkan sukar untuk ditanggal kerana setelah siap, ia akan dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang bersuhu tinggi dan kelihatan sama rata dengan gelas tersebut. Cuma, kelemahannya ialah ia tidak boleh direndam di dalam air terlalu lama.
Di samping itu, cetakan dakel ini juga boleh dilakukan di atas pelbagai bentuk barangan seperti permukaan kaca, kayu, plastik, besi, kulit dan sebagainya.
Sehingga kini, produk Tetris Glass telah terjual lebih daripada 1,000 unit selain Mini Kugee Gift yang mencatat jualan sebanyak 6,500 unit.
Tempahan minimum hanya 24 unit dan cenderamata istimewa itu boleh dihantar ke seluruh Malaysia melalui perkhidmatan Pos Laju atau syarikat kurier pantas yang lain. Malah, pihak pengeluar turut memberi jaminan. Sekiranya barangan pecah sewaktu penghantaran, ia akan ditukar dengan yang baru.

![]() |
|
|
Biasanya, setiap pasangan akan membuat tempahan dua bulan sebelum majlis perkahwinan mereka untuk memudahkan proses pembuatan produk tersebut.
Nadzri hanya menyiapkan tempahan produk itu dengan dibantu isteri, ibu bapa dan keluarganya.
Nadzri yang bertugas sebagai pereka di sebuah firma arkitek di ibu kota menjadikan aktiviti tersebut sebagai pendapatan sampingannya dan hanya menggunakan medium pemasaran Internet serta laman web dan sebuah mini galeri untuk kerja-kerja seninya. Ujar bapa kepada seorang cahaya mata itu, semuanya dilakukan kerana minat dan hobinya pada seni kreatif.
“Sebenarnya saya sendiri tak sangka produk ini mampu menarik hati pelanggan. Tetapi, saya bersyukur kerana apa yang dilakukan mendapat sambutan dan berharap dapat membesarkan perniagaan ini.
“Jika berjaya, tidak mustahil satu hari nanti saya akan berhenti kerja dan meneruskan perniagaan ini,” kata Nadzri yang turut mengadakan bengkel kepada sesiapa yang berminat dalam perniagaan itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk tersebut, sila layari laman web www.kugeeku.com.
1000pcs MKG + 12 Dozen TG siap dalam 3 Hari?!


Fuh!… penat rasanya jika ada urgent order seperti ini. Tetapi inilah yang dinamakan pengalaman…Alhamdulillah kami berjaya menyiapkan tempahan “last Minute” Pn May untuk majlis perkahwinan adiknya di Kemaman, Terengganu. Bayangkan masa kurang dari seminggu… Majlis Dijangka berlangsung pada 7hb Mac 2009 ini.
Pn May yang amat meminati seni ini telah menempah sebanyak 12 dozen Tetris Glass (144 pcs) dan 1000pcs Mini kugee Gift.
Tetris Glass 4 side 4 story dan 500pcs MKG lakaran karikatur dan 500pcs gambar sebenar. Ya…kami berjaya menyiapkan seperti yang dirancangkan… Tetapi kami pohon selepas ini jangan le ada yg order “last minute” macam ini..takut jadi apa2 je…kekadang kita merancang, Allah yg menentukan… Nasib baik kami ada menyimpan stok yg banyak…
dan yang paling penting Team Keluarga Kugeeku bekerjasama dengan amat cemerlang sekali… terharu rasanya…
Ok ada sesiapa lagi yang hendak menempah sila buat order selewat2nya 2 atau 3 bulan sebelum majlis ek…
Beri kami masa mengekspresi kerja kami dengan berkualiti… kuantiti adalah pilihan kedua kami, yang penting pelanggan kami berpuashati dengan hasilnya… kami dah cuba sedaya-upaya. harap dapat sokongan semua yang datang ke laman ini.
![]()
Datang le sebagai sahabat kami ye..walaupun anda mungkin adalah saingan kami…datang dengan jujur…perkenalkan diri anda..tidak guna kita berlakon…kami insan seni jiwa kami amat tajam melihat dan merasa siapa anda walau tanpa melihat…
![]()
Purple Lembut Tema Haizan
Hari ini tengah berlangsung Majlis Resepsi Pelanggan MKG yang menempah sebanyak 850pcs.Sedih kami teringin hendak pergi tetapi kami sedang menyiapkan URGENT order sebanyak 1000pcs MKG & 144 pcs Tetris Glass untuk Pn May dari terengganu yang order last minute…emm kami bertungkus lumus ingin menyiapkan sebelum malam esok kerana majlis akan berlangsung 7hb Mac 09 ini.
Apa-apa pun kami dedicate entry kali ini untuk Pasangan Haizan dan Faizul yang sangat-sangat ceria n happy go lucky ini… Kami doakan semoga majlis Beliau yang berlansung di Dewan Banquet Dewan Bahasa, berjalan lancar.
Kami di Kugeeku ingin Mengucapkan Selamat Pengantin Baru Semoga berkekalan Ke akhir Hayat.
Tema Purple ini amat simple dan elegant apabila di jodohkan dengan produk Vintage. Belanja besar nampaknya pasangan Haizan ini… Anyway Moga berbahagia…:)
AgusDhanik.com Di buka Sekarang !
Alhamdulillah … Laman Web Pelukis Profesional iaitu agusdhanik.com Kami telah di buka dab sedia untuk menerima Tempahan. Sesiapa yang berminat untuk menempah lukisan Potrait Hitam Putih atau Berwarna juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi Beliau terus.
Tempahan Potrait dari pelukis Profesional Central Market Terus kepada anda. Klik pada gambar di bawah untuk melihat hasil seni Potrait beliau….:)
Jom Makan Nasi Beriani Mattop di Bangi
Haha…. kali ini pelanggan Tetris Glass yang dh kami siapkan ialah seorang pengusaha Restoran iaitu Mattop. Asal dari Batu Pahat amat sinonim dengan nasi Berianinya.
Saya pun rasa teringin nak merasa Nasi Beriani Mattop ni…Restoran ini dekat Bangi, katanya dekat dengan UKM.Saya pun jalan area sana tak bape familiar…kot ada sesiapa yg tau…
Beliau telah menempah sebanyak 50pcs Tetris Glass untuk di berikan kepada pelanggan2 restorannya…Hah sesiapa yang nk dapat TG g le makan kt sana ye… Mattop Beriani juga menerima tempahan katering untuk Majlis Perkahwinan anda. kalau berminat call jelah no dia kt katalog TG kt bawah tu…
emm..jom g jalan2 cari makan !
14 Februari Ikatan Dua Hati Salina & Feroz
Tarikh 14 Februari menjadi tarikh Ikatan Dua Hati antara Salina & Feroz. Beliau selamat menerima tempahan kira-kira sebulan yang lalu. Hari ini hari bersejarah mereka.
Kami di Kugeeku ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada beliau.
Konsep Karikatur telah diabadikan ke dalam produk terhangat kami iaitu Mini Kugee Gift.
Sangat Unik dan cute, warna kuning keemasan menyerlahkan lagi tema pasangan raja sehari ini. Semoga sesiapa yg menerima gift ini akan menghargainya.
![]()
Apa Makna Hari Kekasih & Velentine Day ?
Huhu…Hari kekasih? Velentine day?
Siapa yang tak suka kalau ada kekasih kan? mestile bestttt…
Biasanya orang tengah syok dilamun cinta ni mesti tau apa tu Hari Kekasih atau Velentine Day.
emm…mcm ni…. cuba kita tanya diri kita;
- Berapa kerapkah anda ingat kekasih anda ?
- Apa agaknya Hadiah yang selalu anda beri?
- Bila sepatutnya kita beri dia hadiah?
- Apa erti Hari Velentine sebenarnya?
Persoalan diatas ada jawapannya…
- emmm rasanya kita kalau bercinta mesti le ingat kt kekasih kita setiap masa ye tak? Fuh…kata org mcm belangkas… mandi tak basah…tidur tak lena…asik sms, abis dating ..call lagiiii….Bil atau prepaid abis je…(hehe..teringat aku masa bercintan-cintun sebelum kawin dulu..kuikui…)
- Cerita hadiah..mesti le hadiah yang paling special…emm bunga, perfume, jam tangan, kereta, beg tangan, mas… harta Ithmit ulam raja… mcm2 le…
- Bila sepatutnya kita beri… emmm Pada hari lahirnya, pada hari mengigati detik pertemuan pertama, declare…dsb…
- Anda tahu tak apa itu hari Kekasih yang di sambut setiap 14 Febuari? nah Klik sini…Mesti Baca kurang-kurang kita tau maksud sesuatu sebelum menyambut sesuatu.
Kesimpulan yang kami nak berikan;
- Jika anda menyayangi seseorang sayangi dia secara PENUH tetapi SEDERHANA kerana sayang yang KEKAL cuma ada SATU. Apa dia cuba jawab dalam hati anda je…:)
- Berikan dia Hadiah Setiap Hari..walau dengan sekuntum senyuman. Maknanya tak payah le tunggu Hari Velentine je baru nak beri.
- Sambut sesuatu Tarikh Penting Si Dia dengan hadiah yang Kreatif dan tidak semestinya Mahal.(emmm mcm produk kugeeku ke…eh promote tu…ni mcm le…jgn mare)
- Buat sesuatu JANGAN SAMPAI MEMESONGKAN AKIDAH ! (Jika orang islam) . Fikir secara telus.
So… Bagi saya Hari Kekasih ialah Hari-hari biasa seperti hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hari-hari saya kena berikan dia Hadiah ! ( emm kalau PN kugee baca ni mesti nk hadiah…hehe )
Hari Velentine 14 Feb, boleh disambut Jika anda Penganut Agama Kristian SAHAJA…. emm jadi dalam setahun Orang Islam Ada 364 hari Kekasih yang Sah Boleh Disambut….:)
Jadi kami di kugeeku membuka tempahan ini hari-hari untuk Hadiah Kekasih anda.
Tip dan Trik Mengelakkan Orang Islam menyambut Hari Kekasih pada 14 Feb ini;
Kalau Makwe/pakwe anda tanya….”takde hadiah ke sempena hari velentine ini? ” – Anda jawab secara sinis ” Oh saya dh hantar orang untuk hantar …mungkin esok sampai “. Jadi esok hari awak hantar le dia hadiah secara suprise kt opis dia ke…tulis nota ini ” dear My love…maaf kerana selama 364 hari saya sentiasa menjadi hadiah yang terbaik untuk awk…tetapi apa salahnya semalam(14 Feb) saya tak berikan anda hadiah? hanya 1 hari je dalam setahun saya mintak. “Â Kalau dia tanya…awk cerita le hal yang sebenar2nya pasal Hari Velentine. ![]()
Tempahan Karikatur Black and White
Dalam proses menyiapkan website Pelukis Profesional kami, Kami di kugeeku ingin memberitahu kepada sesiapa yang ingin menempah Lukisan Karikatur boleh bertanya kepada kami.
Yang Paling best Karikatur anda itu boleh kami abadikan dalam produk2 kami seperti Mug, Mini Kugee Gift dan yang paling terkini sekali apa lagi Kalau bukan “Tetris Glass”
Macammana Nak Tempah?
- Hantarkan gambar anda
- Berapa orang dalam 1 karikatur ( Harga mengikut bilangan orang)
- Tema Karikatur anda
- Pilihan hanya hitam putih sahaja.
- Kami akan emailkan balik quotation
- Buat pembayaran penuh
- Kami akan emailkan softcopy atau yang origional akan di poskan
Booking Karikatur List;
- Hidayati (Karikatur + 2 pcs Mugs with Box) (t+p=67) – BF 100209 – Sucessful
- Zaliza (Karikatur) -ASAP – Sucessful
- Liyana – ASAP
- Jamaliah Cimb – BF April 09
Elakkan Guna “2″ bermaksud “Tu”.
Hai kenapa saya tulis tajuk ini? Apa kena mengenanya ?
Zaman sekarang SMS (menjadi trend . Maksud SMS mengikut Wikipedia;
Short Message Service (SMS) is a communications protocol allowing the interchange of short text messages between mobile telephone devices. SMS text messaging is the most widely used data application on the planet, with 2.4 billion active users, or 74% of all mobile phone subscribers sending and receiving text messages on their phones.[citation needed] The SMS technology has facilitated the development and growth of text messaging. The connection between the phenomenon of text messaging and the underlying technology is so great that in parts of the world the term “SMS” is used as a synonym for a text message or the act of sending a text message, even when a different protocol is being used.
SMS as used on modern handsets was originally defined as part of the GSM series of standards in 1985[1] as a means of sending messages of up to 160 characters (including spaces), to and from GSM mobile handsets.[2] Since then, support for the service has expanded to include alternative mobile standards such as ANSI CDMA networks and Digital AMPS, as well as satellite and landline networks.[citation needed] Most SMS messages are mobile-to-mobile text messages, though the standard supports other types of broadcast messaging as well.
Paham ke? Trend kita di malaysia SMS dgn short form yg kekadang sy sndiri tak boleh baca maksudnya. lebih mengharukan sering campur melayu n english shortform. (peh mcm aku ni).
Cuba anda analisis maksud perkataan ini. Mamat SMS kepada Ali suruh beli barang kt kedai runcit.
” Ali ko tlg belikan aku 2 ikan sepat masin, telor masin 2 ok ke ? “
Mamat pun jawab dgn SMS ringkas “OK”. Mamat balik dari kedai bawak barang yg dipesan. Alangkah terkejut
si Ali bila Mamat beli 2 biji telor masin. Padahal Ali baru bertanya maksud Ali “Telor masin tu ok ke?”
Si Mamat yg keliru telah beli 2 biji telor masin. Nak taknak Ali kena le bayar apa yg telah di belikan oleh Mamat. – Paham tak situasi di atas ini?.
Bukan apa banyak saya lihat benda ini juga telah terjadi kepada saya. Takpa pengajarannya kekadang SMS yg diterima kena baca 2 atau 3 kali dan penghantar SMS sila pastikan tolong le elakkan penggunaan nombor “2″ bermaksud “tu” .
Komunikasi yang berkesan apabila dua-dua belah pihak memahami dengan jelas. Jika tidak jelas maka sesuatu maksud tidak akan sampai.
Takpa saya juga belajar dari kesilapan diri. Harap anda semua boleh tunjuk ajar saya ek..
p/s: Tetris Glass tinggal 4 orang je yg berpeluang! cepat k. Tengah menyiapkan order-order baru. nanti dh ada sy akan upload untuk semua.
Gelagat Pelanggan Kami :)
Pepagi ini saya dapat satu sms..tup2 tengok ayat bunyi mcm ini
” Akom, En Nazri mug 2 ada masalah la.” – origional sms Erna Klang
Bederau darah saya bila baca benda mcm ni pagi2… dalam kotak fikiran sy;
Wah ada komplen masalah apa agaknya ek? yg biasa sumbing atau ada defect kt mini kugee gift ke…Sebagai seorang yg bertanggung jawab saya balas smsnya.. “Wslm. Apa dia?”
Erna Klang jawab dengan selambanya ” Klu I Nak Tmbh lg blh ? ”
Perh!!! Wakenabeb… kalau nk tambah tak payah le ckp ada masalah… Risau sy dibuatnya..
Rupa-rupanya dia nk tmbh tempahan dia yg 600pcs tu tambah lg 200pcs. Kalau gitu bukan masalah besar bagi kami malah kami amat mengalu-alukan…:D
Untuk pengetahuan anda ini bukan cerita rekaan dan Erna Klang bukan orang pertama yg buat wakenabeb mcmni.. Itulah antara manisnya hubungan kami antara pelanggan-pelanggan kami. Produk yang unik ada peminatnya tersendiri. Kami amat yakin dengan produk kami. Dan jika anda mahu kenakan sy cubalah tengok hasil produk kami ini dulu… Insyallah awk rasa semua orang awk nk beri..mcm tak cukup je.
Nasihat kami jika anda ada kemampauan lebih untuk majlis istimewa anda kami sedia membuatnya. Asalkan berpada-pada. Ukur baju dibadan sendiri ye. Sebab lepas Majlis Perkahwinan nanti awk bakal pengantin akan menghadapi selok belok rumahtangga yg juga memerlukan ekonomi(duit) dan pengurusannya yg bijak!.
Renung-renungkan dan selamat beramal!







Mini Kugee Gift
Tetris Glass Story In One Love
Boleh dapat Lebih Diskaun

