1 Malaysia Hamper Promotion.

1 Malaysia Hamper

Salam Ramadhan buat semua Umat Islam dan yang bukan islam..

Bagaimana puasa hari ini? harap Ibadah kita di terima…

Diatas kemabukkan dan kekenyangan akibat berbuka, kami telah melancarkan produk terbaru yang datang “last minute”.. Tahle sebenarnya Idea untuk menghasilkan produk ini dah terpikir semenjak dari bulan puasa tahun lalu..emm tetapi baru nk jelmakan dalam realiti pada bulan ramadhan ini.

Ya! Kami ingin memperkenalkan produk yang agak fresh ideanya untuk pasaran Malaysia kini.

1 Malaysia Hamper

Ciri-ciri produk ini boleh di baca pada katalog kt atas tu ye..kalau tak nampak anda semua boleh je download di sini atau ke laman ini untuk versi penuh. Klik Di sini

Nak Duit Raya ?!

Berita Baik sempena pelancaran 1 Malaysia Hamper ini di mana anda boleh kumpul duit raya dengan cara mempromosikan produk 1 Malaysia Hamper kepada semua kenalan anda. Jika mereka membeli dengan link sistem affiliate  maka anda layak mendapat komisen RM 50.00/pcs. Ya tawaran ini hanya sah untuk pembelian secara Online sahaja. Tidak sah untuk belian dengan telefon atau email biasa.Kami akan membuat hebahan sistem ini dalam masa terdekat ini.

Program Affiliate Sertai Sekarang!!!!

Jana RM 50.00 tanpa had!

Sempena pertama kali juga serentak dengan cabaran Program Affiliates 1 Malaysia Hamper ini kami ingin tawarkan hadiah menarik untuk 3 pemenang.

Tempat Pertama – Tajaan 100 pcs Iconic-G

Tempat Kedua – Tajaan 70 pcs Iconic-G

Tempat KeTiga – Tajaan 50 pcs Iconic-G

Cabaran Top Affiliates ini hanya dari tarikh 4 September 2009 – 4 Oktober 2009 sahaja. Ayuh Cepat!

Namun kami juga ingin mencari 10 agen offline yang benar-benar mempunyai pengaruh pemasaran yang tinggi untuk memasarkan produk ini dalam waktu-waktu singkat ini.

Syarat terus layak sebagai Agen 10 ini ialah;

  1. Order terus 6 hamper dari kami dengan mendapat komisen jualan sebanyak RM 50 x 6pcs = RM 300.00.
  2. Agen-agen juga layak untuk mempromosikan produk ini pada musim-musim lain.
  3. Agen di mestikan menguruskan duit-duit daripada pelanggan serta butiran pelanggan untuk diberikan maklumat lengkap kepada kami. Barulah layak . Bukan agen makan atas angin ye..:)
  4. Agen ini boleh menggunakan apa-apa medium pemasaran secara offline/online asalkan menjaga etika pemasaran yang baik. Jika kami dapati ada aduan kami akan hentikan keahlian Agen untuk serta-merta dan komisen agen akan hangus.

Ok jika berminat Tempahlah sekarang atau rebut peluang mempromosi produk 1 Malaysia Hamper ini Sekarang! . Disebabkan produk ekslusif dan edisi terhad..kami mensasarkan hanya akan menjual sebanyak 100 unit sahaja pada kali ini(Hari Raya & Deepavali).

Harga yang ditawarkan untuk produk Terhad ini ialah RM 470.00/pcs…namun untuk 50 unit terawal kami tawarkan dengan harga RM 390.00/pcs .

Tempahlah Sekarang !

Promosi Hamper Hari Raya,Deepavali dan Merdeka

Tinggal Lagi 100 90 Unit

Nak Order Klik sini !

Senarai Agen 10 Offline; 9 lagi berpeluang!

  1. Azman PJ (10pcs) – RM 500.00 Komisen jualan

Langkah Mudah Untuk Menempah (Offline Order sahaja);

  1. Booking order bayar 100%
  2. Bank-in ke Akaun Maybank-15 11 37 8084 96
  3. Sahkan Pembayaran melalui email kugeeku[@]gmail.com buang tanda [ ] / sms ke 012 64 900 79
  4. Emailkan LOGO/Gambar dan Ucapan.
  5. Berikan Nama, Alamat lengkap, No tel/hp untuk Proses penghantaran(By Hand/Courier).(Lembah Kelang kami sediakan perkhidmatan penghantaran PERCUMA atau anda boleh datang ambik sendiri(FREE) -Seksyen 1,wangsa maju(depan Alpha Angle Jaya Jusco).
  6. Kami sediakan draf artworks. Anda ada masa untuk komen dsb. Setuju kami terus buat.

Jika anda ada sebarang kemusykilan jangan malu-malu ajukan soalan anda kepada kami di melalui email kugeeku[@]gmail.com buang tanda [ ] / sms ke 012-64 900 79. Insyallah kami akan membantu anda segera.


Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Produk Kugeeku   |  08 24th, 2009    |  No Comments »

Kugeeku @ Panorama TV1- The Making…

Panorama TV1 the making

Rasanya dah lama sangat nk buat cover untuk cerita ini…tp baru sekarang berkesempatan…dah nak basi dah…huhu…

Ok pada 19 mei yang lalu kugeeku.com telah ada sedikit shooting untuk slot Panorama terbitan RTM TV1. Pengambaran telah di jalankan di Studio Hijau kami di Wangsa Maju. 5 orang krew telah tiba tepat jam 10.00 pagi dengan di ketuai oleh Sang Penerbit berkaliber En Faizal ( Apai).

Punya le saya terkejut rupa2nya sang penerbit adalah senior saya masa sekolah menengah dulu dan sy kenal dia atas kenalan kedai kopi atas ajakan kawan baik sekampung sy… Dia memang pelajar Top masa sekolah dulu. Kecik punya dunia kami terjumpa di sesi pengambaran ini.

Ini first time saya dan krew team kugeeku bercakap depan kamera, nasib rakaman kalau live tahle…hehe..Barulah kami tahu rupa2nya susah juga kerja krew2 ini…shooting memang byk makan masa n tenaga..apa taknya abg kameraman tu mana tak sihat umur je tua tp tgk bdn maintain je beb..hari2 angkat kamera bapak besar…hihi..

Tetapi biasalah kalau dh rakaman jadi kami juga tak tau bila agaknya nk keluar kt TV tu?? tanya kt En Apai dia kata kalau tak ada aral melintang jadual utk segment kugeeku di Panorama TV1 adalah pada Ahad 30 August 2009 ini. Sehari sebelum merdeka…itupun tgk..kot2 ada pertukaran rancangan disebabkan siaran langsung lain mungkin tak jadi keluar hari tu…

Ok lah sy nak jemput kepada kawan-kawan lama dan kawan baru yang terjumpa website ini supaya sama-sama melihat team kugeeku.com di TV1 pulak…

Rancangan : Panorama

Tarikh : 3/12/2009

Hari : Khamis

Jam : 9.30 Malam

p/s: Selepas ini sy akan cuba buatkan entry utk kugeeku@Selamat Pagi Malaysia TV1 pulak…huhu…

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Uncategorized   |  08 20th, 2009    |  6 Comments »

Pengumuman Pemenang Pertandingan “Berikan Nama Saya”

Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman ini..hehe… Ok disini setelah mendapat perkenan juri dan dilihat dari semua segi nampaknya tapis punya tapis pemenang yang dijanjikan telah diperolehi.
Didalam pertandingan ini Hanya 1 nama pemenang dipilih untuk menjuarai hadiah utama. Namun yang kurang bestnye pemenang ini tidak di refer oleh sesiapa jadi kami tiada pemenang utk hadiah “kawan sama menang” .
Namun kami(juri) jawatankuasa pertandingan telah mengambil keputusan untuk memilih juga satu lagi pemenang untuk kategori “Hadiah Khas” .
Nama produk yang dicadangkan untuk “Hadiah Khas” ini akan di gunakan untuk produk terbaru yang akan datang selepas “Iconic-G” yang akan kami berikan untuk produk Frosted ini.
Tahniah kami ucapkan untuk pemenang Hadiah Utama (Iconic-G) iaitu Cik Siti Salwani dari Shah Alam. Beliau dijangka akan menggunakan hadiah Tajaannya pada majlis perkahwinannya yang dijangka pada tahun hadapan 2010.
Tahniah juga untuk pemenang Hadiah Khas(SeeMee Kugee) iaitu Adik Nabilah Huda dari Kedah. Beliau adalah murid sekolah yang aktif menyertai pelbagai-bagai pertandingan dan kali ini juga tuah menyebelahinya kerana kami juga akan menaja produk Iconic-G untuk sambutan hujung tahun disekolahnya.. haha
Jadi dengan ini kami umumkan tempahan untuk produk Terbaru kami Iaitu Iconic-G akan di buka sekarang. Namun hanya untuk pelanggan yang majlisnya pada bulan November & Disember 2009 ini sahaja.
Booking awal amat-amat di perlukan untuk mendapat harga yang menarik.
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Sembang Kugeeku   |  08 18th, 2009    |  6 Comments »

1750 Biji Tetris Glass 4 Side 4 Story

1750 Tetris Glass

Cenderahati perkahwinan Azariah ini iaitu Tetris Glass 4 side 4 story telah di tempah beliau sebagai doorgift atau cenderahati majlis perkahwinannya. Dengan jumlah sebanyak itu tentunya setiap tetamu jemputan perkahwinan yang hadir dimajlisnya mesti dapat sorang satu ni…rasanya setiap kad kawin yg dihantar dapat kot…hehe..Diharap Azariah dan suami dapat mengabadikan setiap cerita cinta mereka untuk dikenang selamanya. Agak-agaknya tetris glass ini mesti mereka letak dimana? Tentunya di bilik perkahwinan mereka..hehe…
Dengan jumlah itu kira boleh di kategorikan perkahwinan beliau amat mewah dan mempunyai budget perkahwinan yang tinggi…ala-ala perkahwinan artis malaysia kita ni…tetapi mereka ini keluar belanja sendiri tau..
Tak mcm artist kita kawin sponsor..yelah org terkenal..itu semua pelaburan… contoh perkahwinan Mawi & Ekin tu..atau Dato K & Dato Siti..bestnye….:) semua yang sponsor mesti mahukan sesuatu di sebalik itu…contoh jurugambar perkahwinan, videographer perkahwinan,mak andam, pereka fesyen sampai ke catering dan khemah kawin pun mesti nak sponsor…kan best kalau masa aku kawin dulu2 ada sponsor mcm ni..tentu duit aku tak abis byk..hehe…
Nasihat kami di kugeeku sesiapa yang ingin berkahwin tu mesti pandai dalam semua segi, dari menguruskan budget(bajet) perkahwinan, ilmu-ilmu rumahtangga bahagia, petua perkahwinan dan lain-lain.
Rajin-rajinlah buat survey tentang perkahwinan samaada di darektori perkahwinan atau laman-laman web perkahwinan yang melambak-lambak di internet. Di sini segala jenis barang-barang kawin ada sampai kompang kahwin juga ada. Buat Cheklist tentang majlis perkahwinan anda. Agih-agihkan tugas, supaya tak pening dan terbeli sesuatu yang tak relevan malah membazir nanti. Ada sorang pelanggan saya dia amat bijak dtg dgn buku checlist kawinnya..yang paling best produk kami salah satu dari budget perkahwinannya… huhu dia kata nanti dia nk simpan buku tu nk bg anaknya tgk bila besar nanti..haha mcm2…
Eh celoteh panjang plak… jangan lupa kalau nk order Tetris Glass yang semakin melotup tu Klik sini.
Bulan Ogos seperti yang di war-warkan produk terbaru akan muncul..Terima Kasih kepada peserta2 pertandingan yang memberikan nama yang sy sendiri tak terpikir dan tentunya unik… Insyallah nanti kita akan publish apa namanya dan siapa pemenangnya tu…:)
Nak Join ada tinggal sehari lagi ..klik sini
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Sembang Kugeeku   |  07 18th, 2009    |  21 Comments »

Pameran Pengantin 2009 Jalan Conlay 4 July – 13 July 09

Ini hari terakhir pameran pengantin…aku tau pun sebab kekawan tanya kenapa aku tak join

pameran pengantin ini…aku ada sebab tersendiri…kugeeku mungkin lain dari mereka….

Aku jalan -jalan survey apa barang agaknya yg boleh berkolaborasi dengan kugeeku..tetapi kesannya amat kecewa.. lantas aku makan semankuk mee soto sambil minum tea ais lemon dekat satu sudut di dalam cafe Pusat Kraft ini.. Ini pertama kali aku kesini…

Yang aku lihat mereka usahawan-uasahawan mempunyai produk yg terbaik..cuba elemen unik sering mereka lupakan.. aku tgh berfikir apa produk anyaman boleh aku ubah jadi lebih praktikal.. tah le…

Macam biasa aku jalan sorang2..melihat manusia dengan mata hati dan kehidupan aku yg lain sekarang…Peluang makin nampak terbuka cuma aku kena tembak bila masanya tiba…haha…

Sebab itu aku belum mampu utk bukak booth mcm diorg semua… sebab tunggu masa sesuai…so perut aku pun dh kenyang mata dh berat..aku nk jumpa kawan lama di kedai kopi di sekitar ulu kelang pulak…

haha…inilah kebebasan aku yg sekarang…:)

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Uncategorized   |  07 13th, 2009    |  No Comments »

Pertandingan “Berikan Nama Saya” Di lancarkan !

Pertandingan Beri Nama Saya Klik Di sini

Kini pertandingan yang telah dinanti-nantikan telah tiba…Pertandingan ini mengambil masa lebih kurang

Sebulan. Tarikh Tutup Pertandingan ini ialah Pada 20 Julai 2009 Dilanjutkan sehingga 25 Julai 2009 Jam 12 tgh Malam.

Kepada Sesiapa yang Mahu Majlisnya di Taja boleh le cuba sertai Pertandingan yang mudah ini..

Klik pada banner link diatas atau link di sini

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Uncategorized   |  06 24th, 2009    |  1 Comment »

Kugeeku Di Radio 24 Bernama

kugeeku Radio 24

Kugeeku telah berpeluang di jemput dalam segmen GAYA di Radio 24 Bernama pada 14 Mei 09.Di kesempatan ini perbincangan berkisar kepada penghasilan produk-produk unik untuk majlis-majlis.

Bersiaran secara langsung selama 1 jam memberikan kami pengalaman baru sesi interview di Konti Radio..

Huhu..sejuk bukan main… mcm peti ais konti diorang ni..hehe… Anyway nanti saya akan uploadkan rakaman perbualan untuk di dengar oleh semua kawan-kawan ek…

(((Download Rakaman Temubual Kugeeku di Sini)))

P/s : Hari ini pulak kami telah di jemput dalam rancangan rakaman Panorama TV1…Rakaman telah dijalankan di Studio Hijau…studio mana lagi! studio kami sendiri le…Insyallah sy akan buat entry khas utk ini dalam masa terdekat…:)

Ingin Kami Menaja Majlis Anda dengan produk Terbaru kami Klik Lah….

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Uncategorized   |  05 19th, 2009    |  1 Comment »

500pcs Curve Mugs For Media Prima Berhad

Mugs Media Prima

Media Prima Berhad sebuah syarikat terkenal yang menguasai hampir 70% sistem penyiaran negara telah menempah sebanyak 500pcs Curve Mugs dengan pihak kami sempena pelancaran produk terbaru mereka iaitu diberi nama “PeopleConnect”.

Terima Kasih kami ucapkan kerana syarikat sebesar itu sanggup menempah produk dengan syarikat kecil yang baru ingin bertapak dalam pasaran tempatan seperti kami ini(Studio Hijau). Di harap kerjasama ini akan sentiasa berpanjangan hendaknya. Insyallah kami akan cuba memberikan yang terbaik.

Proses pembuatan mug ini mengambil masa lebih kurang satu minggu. Sebenarnya mereka telah mengambil sendiri mug yang telah siap pada 10/4/09 kelmarin. Perasmian telah dijangka pada hari Ahad 12/4/09 yang lalu.

Syukur Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan mug yg terbaik dan mereka bersetuju walaupun pada mulanya kami cadangkan sampel untuk mug yg berbentuk biasa. Pertukaran di saat akhir di sebabkan supplyer kami tersalah hantar telah mencemaskan keadaan, namun apabila perbincangan dilakukan dan sampel baru curve mug di tunjukkan di saat2 akhir mereka telah bersetuju.

Terima Kasih kepada Cik Aida dan commitee yang bersetuju dengan produk kami ini. Harapan kami dengan kerjasama ini dapat memberikan satu kelebihan kepada kami untuk lebih yakin melangkah kedepan pada masa hadapan. Sokonglah produk-produk kami pastinya ada yang terunik lagi akan bakal muncul dalam masa terdekat ini. Adios!! :)

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Uncategorized   |  04 15th, 2009    |  18 Comments »

Tayangan Perdana 3 Budak Melayu

3 Budak Melayu

Kami telah berkesempatan di jemput ke Tayangan Filem 3 Budak Melayu yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar dari Faculty Of Artistic & Creative Technology di kampus UiTM Puncak Perdana..

Huhu sepanjang saya belajar di UiTM Shah Alam Induk saya tak pernah dengar wujudnya fakulti ini..dah tu tak tau plak ada lagi kampus UiTm sekitar shah alam..yg saya ingat ialah kampus Persediaan pelajar ke Luar negara kt seksyen 17 tu dulu & bebudak fakulti mascom…hehe..seronok sebenarnya student life ni..habis kita buli bebudak skima kt seksyen 17 tu dulu… Al maklum kami ini student UiTm Induk..apa lagi kerek siot…

Tu citer dulu.. Sekarang ada misi lain utk anak bangsa…hehe. .berbalik pada Filem tadi kami telah di jemput sebagai tetamu VIP kerana kami menaja sedikit produk kami utk filem tersebut.

Sumbangan yang sedikit itu besar ertinya… Sepanjang tayangan filem yg sepatutnya jadual ditayangkan pukul 8.45mlm telah tertangguh smpi pkul 10.15mlm gara-gara masalah teknikal…

Filem ini mengambil masa 90minit tayangan..Overall saya katakan mereka ini mempunyai bakat besar dalam bidang perfileman. Diharapkan mereka akan muncul dengan idea-idea yang lebih segar dan “Thinking outside the Box”.  Cerita yang mengisahkan remaja ini dilakonkan oleh pelajar2 sendiri serta dibantu oleh pelakon spt Zaidi Omar, Radhi Khalid dan seorang pelakon pompuan ni …alah..lupa la plak…:) – liza othman lah…

Terima kasih kami di kugeeku ucapkan kepada Fini dan semua krewnya kerana menjemput kami…:) saya doakan agar satu hari nanti mereka akan jadi nama besar dgn bakat besar yg ada utk memacu industri filem kita ke pasaran global…saya cabar mereka!!! buktikan ! :)


Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Sembang Kugeeku   |  04 12th, 2009    |  1 Comment »

Apa kugeeku buat sekarang?

Hi rasanya dh hampir sebulan kami tidak masukkan berita tentang kami, Bukannya apa sejak berita kami tersebar ke Media Cetak, Alhamdulillah semakin ramai yang kenal kami dan ingin mendapatkan perkhidmatan kami. Sekarang kami dalam proses menyiapkan tempahan2 dari pelanggan kami antaranya;

  1. MediaPrima Berhad  – Mug
  2. Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Mug
  3. MRSM Pengkalan Hulu – Big TG
  4. Pelanggan2 Tetris Glass
  5. Pelanggan2 Mini Kugee Gift
  6. Pelanggan2 Karikatur
  7. Tajaan Filem Terbaru 3 Budak Melayu (nanti akan saya tunjukkan preview filem ini selepas tayangan perdananya)

Dan kami nak beritahu sesuatu ini…rasanya kami akan lancarkan satu produk terbaru dalam jangka waktu terdekat ini… Tetapi kami nak jadikannya lebih meriah lagi dengan melancarkan “pertandingan menamakan produk terbaru kugeeku”….amacam?

Hadiah?! buat masa ini kami belum ambik keputusan apa hadiahnya tetapi rasanya antaranya ialah ….jeng..jeng..jeng…:)

“Kami akan Menaja Produk Gift untuk Majlis Anda!”..ini antaranya..pasti ada lg hadiah2 iringannya….

Jadi Tunggukan isyarat pengumuman dari kami apabila kami telah bersedia. Dalam masa ini cuba anda fikir2kan agak2nya nama yang unik utk produk terbaru kami..hehe…

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Uncategorized   |  04 2nd, 2009    |  No Comments »
Dapatkan Maklumat terus ke email anda
:
:

Powered by GetResponse email marketing software

RSS FeedSubscribe to RSS Feed