Kugeeku Di Radio 24 Bernama

kugeeku Radio 24

Kugeeku telah berpeluang di jemput dalam segmen GAYA di Radio 24 Bernama pada 14 Mei 09.Di kesempatan ini perbincangan berkisar kepada penghasilan produk-produk unik untuk majlis-majlis.

Bersiaran secara langsung selama 1 jam memberikan kami pengalaman baru sesi interview di Konti Radio..

Huhu..sejuk bukan main… mcm peti ais konti diorang ni..hehe… Anyway nanti saya akan uploadkan rakaman perbualan untuk di dengar oleh semua kawan-kawan ek…

(((Download Rakaman Temubual Kugeeku di Sini)))

P/s : Hari ini pulak kami telah di jemput dalam rancangan rakaman Panorama TV1…Rakaman telah dijalankan di Studio Hijau…studio mana lagi! studio kami sendiri le…Insyallah sy akan buat entry khas utk ini dalam masa terdekat…:)

Ingin Kami Menaja Majlis Anda dengan produk Terbaru kami Klik Lah….

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Uncategorized   |  05 19th, 2009    |  1 Comment »

500pcs Curve Mugs For Media Prima Berhad

Mugs Media Prima

Media Prima Berhad sebuah syarikat terkenal yang menguasai hampir 70% sistem penyiaran negara telah menempah sebanyak 500pcs Curve Mugs dengan pihak kami sempena pelancaran produk terbaru mereka iaitu diberi nama “PeopleConnect”.

Terima Kasih kami ucapkan kerana syarikat sebesar itu sanggup menempah produk dengan syarikat kecil yang baru ingin bertapak dalam pasaran tempatan seperti kami ini(Studio Hijau). Di harap kerjasama ini akan sentiasa berpanjangan hendaknya. Insyallah kami akan cuba memberikan yang terbaik.

Proses pembuatan mug ini mengambil masa lebih kurang satu minggu. Sebenarnya mereka telah mengambil sendiri mug yang telah siap pada 10/4/09 kelmarin. Perasmian telah dijangka pada hari Ahad 12/4/09 yang lalu.

Syukur Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan mug yg terbaik dan mereka bersetuju walaupun pada mulanya kami cadangkan sampel untuk mug yg berbentuk biasa. Pertukaran di saat akhir di sebabkan supplyer kami tersalah hantar telah mencemaskan keadaan, namun apabila perbincangan dilakukan dan sampel baru curve mug di tunjukkan di saat2 akhir mereka telah bersetuju.

Terima Kasih kepada Cik Aida dan commitee yang bersetuju dengan produk kami ini. Harapan kami dengan kerjasama ini dapat memberikan satu kelebihan kepada kami untuk lebih yakin melangkah kedepan pada masa hadapan. Sokonglah produk-produk kami pastinya ada yang terunik lagi akan bakal muncul dalam masa terdekat ini. Adios!! :)

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Uncategorized   |  04 15th, 2009    |  18 Comments »

Tayangan Perdana 3 Budak Melayu

3 Budak Melayu

Kami telah berkesempatan di jemput ke Tayangan Filem 3 Budak Melayu yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar dari Faculty Of Artistic & Creative Technology di kampus UiTM Puncak Perdana..

Huhu sepanjang saya belajar di UiTM Shah Alam Induk saya tak pernah dengar wujudnya fakulti ini..dah tu tak tau plak ada lagi kampus UiTm sekitar shah alam..yg saya ingat ialah kampus Persediaan pelajar ke Luar negara kt seksyen 17 tu dulu & bebudak fakulti mascom…hehe..seronok sebenarnya student life ni..habis kita buli bebudak skima kt seksyen 17 tu dulu… Al maklum kami ini student UiTm Induk..apa lagi kerek siot…

Tu citer dulu.. Sekarang ada misi lain utk anak bangsa…hehe. .berbalik pada Filem tadi kami telah di jemput sebagai tetamu VIP kerana kami menaja sedikit produk kami utk filem tersebut.

Sumbangan yang sedikit itu besar ertinya… Sepanjang tayangan filem yg sepatutnya jadual ditayangkan pukul 8.45mlm telah tertangguh smpi pkul 10.15mlm gara-gara masalah teknikal…

Filem ini mengambil masa 90minit tayangan..Overall saya katakan mereka ini mempunyai bakat besar dalam bidang perfileman. Diharapkan mereka akan muncul dengan idea-idea yang lebih segar dan “Thinking outside the Box”.  Cerita yang mengisahkan remaja ini dilakonkan oleh pelajar2 sendiri serta dibantu oleh pelakon spt Zaidi Omar, Radhi Khalid dan seorang pelakon pompuan ni …alah..lupa la plak…:) – liza othman lah…

Terima kasih kami di kugeeku ucapkan kepada Fini dan semua krewnya kerana menjemput kami…:) saya doakan agar satu hari nanti mereka akan jadi nama besar dgn bakat besar yg ada utk memacu industri filem kita ke pasaran global…saya cabar mereka!!! buktikan ! :)


Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Sembang Kugeeku   |  04 12th, 2009    |  1 Comment »

Apa kugeeku buat sekarang?

Hi rasanya dh hampir sebulan kami tidak masukkan berita tentang kami, Bukannya apa sejak berita kami tersebar ke Media Cetak, Alhamdulillah semakin ramai yang kenal kami dan ingin mendapatkan perkhidmatan kami. Sekarang kami dalam proses menyiapkan tempahan2 dari pelanggan kami antaranya;

  1. MediaPrima Berhad  – Mug
  2. Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Mug
  3. MRSM Pengkalan Hulu – Big TG
  4. Pelanggan2 Tetris Glass
  5. Pelanggan2 Mini Kugee Gift
  6. Pelanggan2 Karikatur
  7. Tajaan Filem Terbaru 3 Budak Melayu (nanti akan saya tunjukkan preview filem ini selepas tayangan perdananya)

Dan kami nak beritahu sesuatu ini…rasanya kami akan lancarkan satu produk terbaru dalam jangka waktu terdekat ini… Tetapi kami nak jadikannya lebih meriah lagi dengan melancarkan “pertandingan menamakan produk terbaru kugeeku”….amacam?

Hadiah?! buat masa ini kami belum ambik keputusan apa hadiahnya tetapi rasanya antaranya ialah ….jeng..jeng..jeng…:)

“Kami akan Menaja Produk Gift untuk Majlis Anda!”..ini antaranya..pasti ada lg hadiah2 iringannya….

Jadi Tunggukan isyarat pengumuman dari kami apabila kami telah bersedia. Dalam masa ini cuba anda fikir2kan agak2nya nama yang unik utk produk terbaru kami..hehe…

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Uncategorized   |  04 2nd, 2009    |  No Comments »

Kugeeku Di Suratkhabar Kosmo

Ringkas sahaja hari ini… 2 berita kami dapat.

  1. Berita Gembira – Cerita kami ada dipaparkan di dalam suratkhabar Kosmo hari ini. Dalam ruangan Cover Urban. Baca ye untuk tahu lebih pasal kami.http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Urban&pg=ur_01.htm
  2. Berita Sedih – Hardisk kerja kami corrupted… Hwuaaaa… tengah cuba menyelamatkan data..doakan ye…

Teknologi cetakan dakel

Tetris Glass merupakan satu produk unik yang membolehkan pasangan memaparkan cerita di sebalik perkahwinan mereka menerusi karikatur.


JIKA dahulu, seandainya anda menghadiri sesuatu majlis perkahwinan, buah tangan yang pasti diterima ialah bunga telur untuk orang dewasa dan sekotak kecil gula-gula untuk kanak-kanak.

Dua perkara itu ialah satu perkara wajib yang perlu ada dalam majlis tersebut. Tetapi, seiring dengan peredaran zaman yang semakin canggih, bakal pengantin kini mempunyai pelbagai variasi cenderamata yang boleh disediakan untuk dibawa pulang oleh tetamu.

Terbaru, produk Tetris Glass (TG) dikeluarkan oleh syarikat Studio Hijau untuk memberi pilihan kepada bakal raja sehari dalam memilih buah tangan untuk tetamu.

Dengan bentuknya yang comel dan mempunyai empat sisi, TG ialah satu produk yang unik dan istimewa di mana pasangan boleh memaparkan cerita di sebalik perkahwinan mereka. Contohnya saat ketika bertemu, berpacaran, bertunang dan berkahwin ataupun berbulan madu.

Dengan bertemakan Story in One Love, produk Tetris Glass keluaran Studio Hijau semakin mendapat tempat di hati pelanggan dan masyarakat.

Menurut Pengarah Studio Hijau, Mohd. Nadzri Surani, idea untuk menghasilkan produk itu datang daripada pelanggannya yang mahukan kelainan bagi majlis perkahwinan mereka pada akhir tahun 2008. Bagi merealisasikan kehendak dan impian mereka, maka lahirlah produk Tetris Glass yang mula dipasarkan pada awal tahun ini.

SELAIN gelas, teknologi cetakan dakel ini juga boleh diaplikasikan di atas dompet kulit dan pinggan.

“Idea ini muncul apabila saya melihat kekurangan produk perkahwinan yang lebih bersifat individu atau personal yang mana penerima cenderamata itu akan lebih menghargai hadiah yang diberikan berbanding cenderamata biasa seperti bunga telur dan sebagainya.

“Jika pada tahun 2008, kami memasarkan produk Mini Kugee Gift di mana gambar pengantin dicetak pada produk porselin mengikut tema warna majlis, kini pelanggan boleh mendapatkan Tetris Glass yang menukarkan wajah dalam bentuk karikatur hitam dan putih.

“Saya bertuah kerana mempunyai rakan kongsi yang merupakan pelukis profesional atau lebih dikenali sebagai A.D. Beliau ialah pelukis sepenuh masa di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Justeru, setiap sentuhannya pasti akan memberi keunikan untuk produk ini,” jelas Nazdri ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya lagi, produk Tetris Glass menggunakan karikatur hitam putih sahaja kerana permukaan gelas yang lutsinar membolehkan gambar kartun itu menjadi lebih jelas.

Menggunakan teknologi cetakan dakel atau dikenali sebagai cetakan pindahan air, Tetris Glass mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya kerana kecomelan produk itu.

KARIKATUR hitam putih pasangan pengantin sebagai tanda terima kasih kepada tetamu.

Saiz gelas mini yang digunakan ialah 2.3 inci x 2.0 inci. Gambar karikatur yang hendak digunakan pula boleh disesuaikan mengikut kehendak setiap pasangan.

Lebih menarik, gambar karikatur pasangan yang telah dilekatkan sukar untuk ditanggal kerana setelah siap, ia akan dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang bersuhu tinggi dan kelihatan sama rata dengan gelas tersebut. Cuma, kelemahannya ialah ia tidak boleh direndam di dalam air terlalu lama.

Di samping itu, cetakan dakel ini juga boleh dilakukan di atas pelbagai bentuk barangan seperti permukaan kaca, kayu, plastik, besi, kulit dan sebagainya.

Sehingga kini, produk Tetris Glass telah terjual lebih daripada 1,000 unit selain Mini Kugee Gift yang mencatat jualan sebanyak 6,500 unit.

Tempahan minimum hanya 24 unit dan cenderamata istimewa itu boleh dihantar ke seluruh Malaysia melalui perkhidmatan Pos Laju atau syarikat kurier pantas yang lain. Malah, pihak pengeluar turut memberi jaminan. Sekiranya barangan pecah sewaktu penghantaran, ia akan ditukar dengan yang baru.

ANTARA teknik yang ditunjukkan Nadzri untuk menyiapkan cenderamata produk Tetris Glass yang semakin diminati.


Biasanya, setiap pasangan akan membuat tempahan dua bulan sebelum majlis perkahwinan mereka untuk memudahkan proses pembuatan produk tersebut.

Nadzri hanya menyiapkan tempahan produk itu dengan dibantu isteri, ibu bapa dan keluarganya.

Nadzri yang bertugas sebagai pereka di sebuah firma arkitek di ibu kota menjadikan aktiviti tersebut sebagai pendapatan sampingannya dan hanya menggunakan medium pemasaran Internet serta laman web dan sebuah mini galeri untuk kerja-kerja seninya. Ujar bapa kepada seorang cahaya mata itu, semuanya dilakukan kerana minat dan hobinya pada seni kreatif.

“Sebenarnya saya sendiri tak sangka produk ini mampu menarik hati pelanggan. Tetapi, saya bersyukur kerana apa yang dilakukan mendapat sambutan dan berharap dapat membesarkan perniagaan ini.

“Jika berjaya, tidak mustahil satu hari nanti saya akan berhenti kerja dan meneruskan perniagaan ini,” kata Nadzri yang turut mengadakan bengkel kepada sesiapa yang berminat dalam perniagaan itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk tersebut, sila layari laman web www.kugeeku.com.

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Uncategorized   |  03 5th, 2009    |  11 Comments »

1000pcs MKG + 12 Dozen TG siap dalam 3 Hari?!

12 dozen Tetris Glass

1000pcs Mini kugee gift

Fuh!… penat rasanya jika ada urgent order seperti ini. Tetapi inilah yang dinamakan pengalaman…Alhamdulillah kami berjaya menyiapkan tempahan “last Minute” Pn May untuk majlis perkahwinan adiknya di Kemaman, Terengganu. Bayangkan masa kurang dari seminggu… Majlis Dijangka berlangsung pada 7hb Mac 2009 ini.

Pn May yang amat meminati seni ini telah menempah sebanyak 12 dozen Tetris Glass (144 pcs) dan 1000pcs Mini kugee Gift.

Tetris Glass 4 side 4 story dan 500pcs MKG lakaran karikatur dan 500pcs gambar sebenar. Ya…kami berjaya menyiapkan seperti yang dirancangkan… Tetapi kami pohon selepas ini jangan le ada yg order “last minute” macam ini..takut jadi apa2 je…kekadang kita merancang, Allah yg menentukan… Nasib baik kami ada menyimpan stok yg banyak… :) dan yang paling penting Team Keluarga Kugeeku bekerjasama dengan amat cemerlang sekali… terharu rasanya…

Ok ada sesiapa lagi yang hendak menempah sila buat order selewat2nya 2 atau 3 bulan sebelum majlis ek…

Beri kami masa mengekspresi kerja kami dengan berkualiti… kuantiti adalah pilihan kedua kami, yang penting pelanggan kami berpuashati dengan hasilnya… kami dah cuba sedaya-upaya. harap dapat sokongan semua yang datang ke laman ini. :)

Datang le sebagai sahabat kami ye..walaupun anda mungkin adalah saingan kami…datang dengan jujur…perkenalkan diri anda..tidak guna kita berlakon…kami insan seni jiwa kami amat tajam melihat dan merasa siapa anda walau tanpa melihat… :)

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Uncategorized   |  03 3rd, 2009    |  7 Comments »

Purple Lembut Tema Haizan

Hari ini tengah berlangsung Majlis Resepsi Pelanggan MKG yang menempah sebanyak 850pcs.Sedih kami teringin hendak pergi tetapi kami sedang menyiapkan URGENT order sebanyak 1000pcs MKG & 144 pcs Tetris Glass untuk Pn May dari terengganu yang order last minute…emm kami bertungkus lumus ingin menyiapkan sebelum malam esok kerana majlis akan berlangsung 7hb Mac 09 ini.

Apa-apa pun kami dedicate entry kali ini untuk Pasangan Haizan dan Faizul yang sangat-sangat ceria n happy go lucky ini… Kami doakan semoga majlis Beliau yang berlansung di Dewan Banquet Dewan Bahasa, berjalan lancar.

Kami di Kugeeku ingin Mengucapkan Selamat Pengantin Baru Semoga berkekalan Ke akhir Hayat.

Tema Purple ini amat simple dan elegant apabila di jodohkan dengan produk Vintage. Belanja besar nampaknya pasangan Haizan ini… Anyway Moga berbahagia…:)

Haizan Mini Kugee Gift

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Sembang Kugeeku   |  02 28th, 2009    |  2 Comments »

AgusDhanik.com Di buka Sekarang !

Alhamdulillah … Laman Web Pelukis Profesional iaitu agusdhanik.com Kami telah di buka dab sedia untuk menerima Tempahan. Sesiapa yang berminat untuk menempah lukisan Potrait Hitam Putih atau Berwarna juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi Beliau terus.

Tempahan Potrait dari pelukis Profesional Central Market Terus kepada anda. Klik pada gambar di bawah untuk melihat hasil seni Potrait beliau….:)

Potrait AgusDhanik

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Uncategorized   |  02 20th, 2009    |  2 Comments »

Jom Makan Nasi Beriani Mattop di Bangi

Haha…. kali ini pelanggan Tetris Glass yang dh kami siapkan ialah seorang pengusaha Restoran iaitu Mattop. Asal dari Batu Pahat amat sinonim dengan nasi Berianinya.

Saya pun rasa teringin nak merasa Nasi Beriani Mattop ni…Restoran ini dekat Bangi, katanya dekat dengan UKM.Saya pun jalan area sana tak bape familiar…kot ada sesiapa yg tau…

Beliau telah menempah sebanyak 50pcs Tetris Glass untuk di berikan kepada pelanggan2 restorannya…Hah sesiapa yang nk dapat TG g le makan kt sana ye… Mattop Beriani juga menerima tempahan katering untuk Majlis Perkahwinan anda. kalau berminat call jelah no dia kt katalog TG kt bawah tu…

emm..jom g jalan2 cari makan ! :)

Mattop Beriani

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Uncategorized   |  02 20th, 2009    |  4 Comments »

14 Februari Ikatan Dua Hati Salina & Feroz

Mini kugee Gift 14 Februari

Tarikh 14 Februari menjadi tarikh Ikatan Dua Hati antara Salina & Feroz. Beliau selamat menerima tempahan kira-kira sebulan yang lalu. Hari ini hari bersejarah mereka.

Kami di Kugeeku ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada beliau.

Konsep Karikatur telah diabadikan ke dalam produk terhangat kami iaitu Mini Kugee Gift.

Sangat Unik dan cute, warna kuning keemasan menyerlahkan lagi tema pasangan raja sehari ini. Semoga sesiapa yg menerima gift ini akan menghargainya. :)

Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email

kugeeku   |  Sembang Kugeeku   |  02 14th, 2009    |  2 Comments »
Dapatkan Maklumat terus ke email anda
:
:

Powered by GetResponse email marketing software

RSS FeedSubscribe to RSS Feed