Kredit Kad Diterima Di sini.
Syukur Alhamdulillah sebab berjaya juga kami bangunkan sistem shooping untuk kemudahan pelanggan kami yang semakin berkembang…terima kasih kepada yang membantu terutamanya sistem hosting kami yang terbaik iaitu NetKl..support service mereka memang Tip Top. Tak lupa juga kepada Pn Sara yang jual panduan membina shooping cart & sebuah buku hasil tulisan geng shaifulsham…(tetapi team diorang ni dah serupa bungkus kot..email berkali2 tak berjawab)
Jadi nak maklumkan mulai sekarang pelanggan boleh membeli dan melihat produk-produk kami yg sebelum ini terpendam dan susah nak tgk di laman tersebut iaitu pegi je kt “Products” kt atas tu..hehe..
Sedih juga sebenarnya sebab tarif Pos Malaysia dah naik…memang banyak jugak lah naiknya Pos ni…apa citer ni pak menteri…!…opss..kan kena gam web aku ni..huhu..
Apa kelebihan membeli dengan bersistem?
- Mudah tengok produk-produk yang ditawarkan
- Harga boleh tahu segera
- Berat produk dan kos pos juga dapat di ketahui segera
- Adanya Invoice teratur sebutharga juga jelas..terus sampai ke email inbox sebaik sahaja menempah..
- Boleh dapat update terus mengenai sistem tempahan.
- Senang nak bagi Kupon Voucher- tunggu ek..yg ini memang nak bagi kepada subscriber kugeeku dan pelanggan yang setia.
- Boleh Tahu stok cepat.
- Bayar guna Kredit Kad cepat dan selamat walau takda Paypal akaun.
Setiap kelebihan mesti ada sedikit kelemahannya..
Apa Kelemahannya?
- Bayaran dah tak boleh main 50% le plak…kena full paid baru boleh proses..kalau tak sure tak selari dengan invoice yang di keluarkan…yang ini saya tak tau ada cara tak kalau nak buat term bayar 50% dulu..huhu..
Tentang bayaran ini saya masih memikirkan jalan yang terbaik untuk membantu pelanggan..tetapi sedih saya kerana apabila barang dah di pos dan dihantarkan ada yang tidak membayar bakinya…malah apabila saya telefon tidak berangkat…adakah saya dah di tipu oleh pelanggan?
Saya amat-amat percayakan pelanggan dan tolong le jangan aniaya saya ek…kalau ada masalah boleh berbincang dengan saya..sebab saya ini ok orangnya.. hati lembut..huhu..yelah tak bisnes le kalau tak di tipu orang..huhu…
Berat rasa hati sebab mungkin kerana nila setitik maka saya akan buat pengumuman sesuatu nanti berkenaan terma pembayaran tempahan.
Cadangan Saya ialah mungkin macam ini…
- Pelanggan perlu membayar 100% dahulu baru proses..atau
- Pelanggan perlu membayar 50% dahulu baru proses dan bakinya perlu di jelaskan sebelum pos dibuat…emm selalunya saya susah nak anggar pasal pos malaysia ini..caj mereka berdasarkan caj akhir barang yang di poskan..(Produk + packaging)
- Percayakan pelanggan bedasarkan gerak hati..huhu..sebab inilah aku terkena…hihi…
Rasanya dua perkara terawal diatas akan saya applykan serentak dimana Pelanggan Perlu membayar 100% tempahan dan jika pelanggan ingin berbincang berkenaan bayaran pendahuluan akibat tak yakin dengan kami mungkin..huhu takut kena kencing plak dengan kami….manalah tau…boleh buat pembayaran deposit 50% mcm biasa kemudian setelah barang saya timbang di pos malaysia barulah saya maklumkan untuk bayaran akhir sblm di poskan..maknanya saya kena beli timbang besar gajah tu jugak..huhu…harap inilah jalan tengahnya..
Ok kita nak keluar banyak produk lepas ni…tunggu ek… tq
Updating...



Mini Kugee Gift
Tetris Glass Story In One Love
Boleh dapat Lebih Diskaun

