Prototype Tetris Glass 2 Terdedah?
Suspend je bila entry mcm ala2 prototype robot ni..hehe..
Yup kami sebenarnya dalam perancangan untuk mengeluarkan Tetris Glass 2 yang mempunyai Full Colour. Experiment kami di buat kepada tempahan dari Kerajaan Terengganu, Tempahan ini ialah untuk majlis kesyukuran kerana kerajaan terengganu telah menaja salah seorang kanak2 yang menghadapi jantung berlubang. Usaha murni kerajaan terengganu di Bawah pimpinan Tuan Menteri Besar Y.A.B Datuk Ahmad Said telah di balas oleh keluarga Pn Haryati K.Terengganu dengan pemberian souvenier unik dari kugeeku berupa 5pcs Pinggan dan 100pcs Tetris Glass 2 (Prototype).
Kami hampir berputus asa untuk menghasilkan TG2 ini, namun kami telah mendapat teknik terbaik utk menghasilkannya setelah hampir 20 prototype rosak dan tidak menjadi.
Hasilnya seperti anda lihat, namun sekarang kami masih didalam dilema untuk mengeluarkannya di pasaran kerana teknik pembuatannya yang amat rumit dan memakan masa cetakkan. Mungkin ini hanya prototype sahaja. Dan kami buat Khas untuk Pn Haryati dan Kerajaan Terengganu.
Tidak Dibuka untuk tempahan kerana Produk ini amat tinggi kos pembuatannya dan jesteru tak mungkin anda mampu untuk membelinya…hehe…dan kami juga tidak terdaya untuk menghasilkannya dalam kuantiti yang banyak. Pekerja yang mahir juga mesti dilatih khas untuk menghasilkan kualiti pembuatannya… jadi kami masih letakkanya sebagai prototype sahaja buat masa ini .


Mini Kugee Gift
Balang Kuih Bergambar
Tetris Glass Story In One Love

